
Itu
pesanan terakhir anggota komando Azman, 34, dari 11 Rejimen Gerak Khas, Kem
Sungai Udang, yang menyertai MALBATT 850-2 dalam Misi United Nations Interim
Force (UNIFIL) di Lubnan, sebelum meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri
ketika dalam tugas, kelmarin.
Fatimah
berkata, selain pesanan itu, arwah turut memintanya menjaga diri dan tiga anak
mereka iaitu Nor Atikah Najwa, 8, Khairul Farhan, 5, dan Nurul Atikah Ayuni, 4,
ketika membuat panggilan video kira-kira jam 2 pagi pada Sabtu lalu.
"Ketika
itu, kami berbual panjang dan dia yang akan pulang hujung Februari ini sempat
berpesan supaya gaji bulan Januari tidak diambil kerana ia akan digunakan
sebagai wang tambahan untuk kami menunaikan umrah Jun nanti.
"Apabila
panggilan video terputus, arwah menyambung perbualan menggunakan aplikasi Wechat
sehingga jam 5 pagi, namun saya meminta izin untuk tidur kerana perlu membantu
jiran yang melangsungkan majlis perkahwinan pagi itu," katanya ketika ditemui di
rumahnya di Taman Bertam Indah, Bertam Hulu di sini, semalam.
0 Response to "2 Pesan Terakhir Suami"
Post a Comment