Kuala Lumpur: Bekas tenaga pengajar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditahan polis kerana terbabit dalam kumpulan militan Negara Islam (IS) pagi kelmarin dikatakan tidak sempat untuk melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru.
Suspek berusia 30 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Brunei untuk berkahwin sebelum merancang menyertai IS di Syria.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki yang berasal dari Terengganu itu akan berlepas ke Syria selepas berkahwin dengan wanita pilihannya itu.
Bagaimanapun hasratnya itu gagal selepas suspek berjaya ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada jam 5.30 pagi kelmarin.
Menurut Khalid, siasatan mendapati suspek terpengaruh untuk menyertai kumpulan IS di Syria selepas berkomunikasi dengan beberapa rakyat Malaysia di sana melalui laman sosial Facebook.
Related Posts :
Ibu Terkejut, Anak Lelong Barang ButikSEGAMAT - Seorang pengusaha butik perkahwinan di Jalan Salim, Kampung Abdullah, di sini, terpaksa berputih mata apabila kesemua barangan yan… Read More...
Dua Stesen Minyak Disyaki MenipuKOTA BHARU - Dua stesen minyak, termasuk di kawasan Pengkalan Chepa dan Machang disiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi… Read More...
Maybank Islamic Penuhi KeperluanDari kiri: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias; Megat Zaharuddin dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpu… Read More...
Francais: Kesedaran Bumiputera Masih RendahMohamad Shukri SallehPADA 1993 di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerajaan memperkenalkan industri francai… Read More...
Enam Rumah Kedai Berusia 100 Tahun Musnah TerbakarBANDA HILIR - Enam deretan rumah kedai dua tingkat berusia lebih 100 tahun di Jalan Parameswara di sini, musnah dalam kebakaran semalam.Menu… Read More...
0 Response to "Militan IS Tak Sempat Kahwin"
Post a Comment