Hati
wanita mana yang tidak terusik tatkala anak yang dilahirkan tiba-tiba
dikhabarkan tidak mempunyai denyutan jantung dan tiada nafas.
Pastinya
luluh hati seorang ibu apabila menerima berita kematian zuriat yang di
nanti-nantikan selama ini, meskipun tahu Allah menjanjikan syurga buat anak-anak
kecil ini.
Menyayat
hati apabila membaca kisah ini.
Seorang ibu yang baru melahirkan sepasang kembar pada
mulanya terpaksa menerima ketentuan Ilahi salah seorang anaknya didapati tidak
bernafas ketika dilahirkan.
Namun,
siapa mampu menolak keajaiban yang berlaku hasil doa pengharapan seorang
ibu.
Dikhabarkan,
ketika ibu tersebut memeluk anaknya buat kali terakhir sambil menangis dan
berdoa, berlaku keajaiban apabila anak yang disangka sudah meninggal dunia itu
tiba-tiba kembali bernafas lalu mengeluarkan tangisan seorang bayi.
Para
doktor dan kakitangan hospital yang melihat insiden tersebut, turut menangis dan
tersentuh melihat keajaiban tersebut.
Para
ulama menafsirkan kejadian tersebut adalah bukti kekuasaan Allah, selain dari
segi Sains kehangatan tubuh seorang ibu serta bunyi detak jantungnya mampu
memberi pengaruh positif pada si anak.
Ibu,
sememangnya insan yang dianugerahkan Ilahi mempunyai naluri istimewa terhadap
anak-anak yang dikandungnya.
Oleh
sebab itu, kita dilarang sama sekali menyakiti dan melukakan hati seorang ibu
kerana pengorbanan dan kasih sayang mereka terhadap kita sangat luar biasa
Sumber
0 Response to "Bayi Disangka Mati Kembali Bernafas Setelah Dipeluk Ibu"
Post a Comment