Seekor
cacing `Guinea’ sepanjang satu meter dikesan berada dalam kaki seorang lelaki
dari Sudan selama lebih empat tahun.
Keadaan
itu hanya disedarinya selepas kaki lelaki terbabit bengkak selama setahun,
sehingga memaksanya mendapatkan rawatan doktor dan selepas imbasan x-ray dilakukan barulah doktor dapat
melihat dengan jelas cacing berkenaan yang telah mati dan mula mereput dalam
kaki lelaki berusia 38 tahun itu.
Walaubagaimana
pun, lelaki itukemudiannya menjalani pembedahan
mengeluarkan cacing terbabit dan dia kini semakin pulih.
Menurut
doktor yang merawatnya, Dr Jonathan Darby, kebiasaannya cacing hidup dalam usus
dan memasuki badan manusia menerusi larvanya hasil minum air yang mengalami
jangkitan.
“Kebiasaannya
cacing ini akan menggali kulit manusia dan akan membebaskan diri melalui kesan
lepuh pada kulit.
“Proses
ini mengambil masa selama bertahun-tahun. Ia boleh hidup dalam badan manusia
selama bertahun-tahun sebelum mati, mereput dan menyebabkan masalah di bahagian
berkenaan, sama seperti yang dialami oleh pesakit kami,’’ katanya.
Cacing
Guinea itu boleh menyebabkan dracunculiasis dan ia boleh didapati di Selatan
Sudan, Habsyah, Ghana dan Chad.
Ia
tidak boleh dirawat atau menjangkiti orang lain.
Sumber
0 Response to "4 Tahun Cacing Guinea Hidup Dalam Kaki"
Post a Comment