
Marang:
Ular adalah sejenis reptilia berbisa yang amat digeruni semua peringkat usia
kerana bisanya mampu membawa maut.kepada mangsa yang terkena patukan spesies
haiwan itu.
Walaupun
menyedari ular spesies berbisa, namun ada yang menjadikan reptilia berkenaan
sebagai haiwan peliharaan. yang menjadi kesayangan pemilik.
Bagi
Wan Siti Suzana Yusof, 30, minatnya terhadap reptilia berbisa itu timbul sejak
dia diberi tugas sebagai jurulatih menangkap ular sejak setahun lalu selepas
menyertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 2007.
"Memang
pada mulanya, saya takut dan geli melihat ular, tetapi selepas mendalami sifat
ular, perasaan takut semakin hilang, sebaliknya timbul rasa seronokkeseronokan
pula setiap kali beraksi dengan reptilia ini," katanya yang ditemui ketika
menjalani Kursus Khidmat Kemanusiaan Menangkap Ular Siri ke-2 di Akademi Bomba
dan Penyelamat Malaysia (ABPM), Wakaf Tapi, di sini., baru-baru ini.
Wan
Suzana yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan berkata, kali pertama dia
menangkap ular pada program rakaman cara-cara menangkap ular yang diadakan di
akademi berkenaan pada tahun lalu.
Sumber :
METROONLINE
0 Response to "Wanita Penjinak Ular"
Post a Comment