
GEORGE
TOWN – Seorang pekerja kilang terkejut apabila menemui seorang bayi lelaki di
atas bonet keretanya di Kampung Bukit, Bayan Lepas di sini Sabtu.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Nor Salawati Saad berkata lelaki yang
baru pulang dari bekerja syif malam itu terdengar tangisan bayi sebaik tiba di
rumahnya.
“Bayi
yang dibalut kain cadar itu dipercayai baru dilahirkan kerana uri dan tali
pusatnya masih ada,” katanya kepada pemberita.
Bayi
yang tanpa sebarang pendarahan itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk
pemeriksaan lanjut.
Nor
Salawati berkata usaha mengesan ibu bayi berkenaan sedang dilakukan menerusi
ujian DNA pada kain cadar tersebut.
Orang
ramai serta pihak klinik atau hospital yang menemui wanita yang baru lepas
bersalin dan dalam keadaan mencurigakan diminta menghubungi pihak polis,
katanya. – BERNAMA
0 Response to "Bayi Ditemui Atas Bonet Kereta Di Bayan Lepas"
Post a Comment