
Ini
adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah
masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua
bertudung.
Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira
dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee
merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil.






Pasangan ini bagaimanapun mula rapat
sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan
Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan
Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.
Genealogi :
Mahsuri
Wan Agim
Wan Hakay
Wan Hussein
Wan
Hasheen / Chern Yayee
Wan Nawawi / Suwan Yayee
Wan Aishah / Sirintra
Yayee
Ibunya Wan Sumaini binti Karim / Sunee Doomlak juga keturunan
Mahsuri.
Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an
apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang
kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada
1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai
penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand
dan Malaysia.
Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau
Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri
yang silam.
Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya
usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program
berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan
Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar
negara.
Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali
menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan
komunikasi.
0 Response to "Wajah Waris Ketujuh Mahsuri Yg Cantik Jelita ( 6 Gambar )"
Post a Comment