
Montpellier:
Pegawai Perancis semalam berusaha memusnahkan bangkai seekor ikan paus kerana
bimbang kemungkinan ia membawa maut jika meletup.
Pakar
hidupan liar berkata, bangkai paus seberat 15 tan itu yang menggelembung begitu
besar dengan gas berkemungkinan tinggi akan meletup.
Pihak
berkuasa kini terdesak mencari jalan terbaik bagi memusnahkannya. Ia
mungkin akan meletupkan bangkai itu dengan mengguna dinamit.
Laluan
menuju ke pantai tempat bangkai paus itu terdampar di pantai
Saintes-Marie-de-la-Mer, berhampiran Montpellier di pantai Meditteranean sudah
ditutup bagi menghalang orang ramai mendekatinya.
Bangkai
itu dikatakan hanyut ke pantai itu pada awal November.
Pengurus
projek hidupan luar Camargue, Anais Cheiron mencadangkan bangkai itu diheret ke
laut dan diletupkan menggunakan dinamit.
Bagaimanapun,
masalah timbul kerana bot tidak mungkin dapat mendekati bangkai itu untuk
menariknya kerana keadaan pantai.
Satu
lagi pilihan ialah dengan mencucuk bangkai itu untuk mengeluarkan gasnya sebelum
memotongnya kepada beberapa bahagian.
- Agensi
0 Response to "Bangkai Paus Bila-Bila Boleh Meletup"
Post a Comment