
Serian:
Seorang pelajar lelaki maut selepas disambar petir ketika mendengar lagu
menggunakan fon telinga yang disambungkan ke telefon bimbit dalam kejadian di
rumahnya di Kampung Murud, di sini, kelmarin.
Bartholomew
Robert, 14, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taiee, di
sini, dilaporkan disambar petir ketika berada di ruang tamu rumahnya, jam 6.30
petang.
Sumber
berkata, sebelum itu, mangsa dipercayai menggunakan fon telinga untuk mendengar
lagu melalui telefon bimbit.
"Ketika
kejadian, cuaca buruk dengan kilat serta hujan, sebelum menyambar peranti
digunakan mangsa. Ini menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.
"Kejadian
berlaku di hadapan ibu bapa serta ahli keluarga mangsa yang bergegas membawanya
ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia,"
katanya.
0 Response to "Rebah Selepas Dengar Lagu Di Telefon Bimbit"
Post a Comment