
KUANTAN:
Kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti peristiwa Isnin ini sebagai menghargai
kemenangan pasukan Pahang menjuarai Piala Malaysia 2014, malam tadi.
Menteri
Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun berkata, semua pegawai dan
guru yang terlibat dengan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
bermula pada hari itu hendaklah meneruskan tugas mereka seperti biasa.
"Semua
pelajar yang terlibat dengan SPM juga mesti menduduki peperiksaan terbabit,"
katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini.
"Pengumuman
ini mengambil kira bahawa permainan bola sepak adalah permainan rakyat dan
menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun," katanya.
Pada
final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang mengalahkan pasukan Johor Darul
Ta'zim (JDT) 5-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 2-2 selepas masa
tambahan 30 minit.
Kedua-dua
pasukan gagal mengubah kedudukan itu dalam tempoh permainan sebenar 90 minit. -
Bernama
0 Response to "Pahang Cuti Peristiwa Esok"
Post a Comment