
Guangzhou: Apabila seorang
lelaki di wilayah Guangdong mengetahui isterinya menghabiskan dua bulan gajinya
membeli-belah dalam talian sempena ‘Hari Single’ ( 11 November), dia merajuk dan
enggan pulang ke rumah.
Dalam keadaan mabuk selepas
minum arak, lelaki itu merayau mencari tempat tidur dan akhirnya menemui paip
konkrit.
Dia turut menemui
orang-orang yang dipeluknya sepanjang malam sebagai cara untuk mengurangkan
kesejukan.
Keesokannya, seorang
pekerja binaan yang melakukan tinjaun di kawasan itu, terkejut melihat lelaki
itu begitu lena sambil memeluk orang-orang yang dipakaikan pakaian
wanita.
Dia mengejutkan lelaki itu
selepas merakam beberapa gambarnya sambil bertanya apa yang terjadi hingga
menyebabkan dia tidur di situ.
Lelaki berkenaan berkata,
dia kecewa apabila mengetahui isterinya menghabiskan wang sebanyak 10,000 yuan
(RM5,452) untuk membeli-belah menerusi Internet.
Lelaki itu bekerja sebagai
tukang masak dan memperoleh pendapatan RM2,453 sebulan dan selepas mengetahui
gajinya habis, dia enggan pulang ke rumah.
Dengan tidak tahu apa yang
hendak dilakukannya, dia membeli arak dan menjumpai orang-orang untuk dijadikan
teman sepanjang malam itu.
Dia memberitahu pekerja
binaan itu: “Lebih seronok memeluk orang-orang daripada memeluk isteri saya.” -
Agensi
0 Response to "Lebih Seronok Peluk Orang-Orang Daripada Isteri"
Post a Comment