
KUALA
LUMPUR: Pelakon
Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya
kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu masih lagi
baharu.
Erra atau nama
sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang
mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding
dirinya.
"Saya akan
dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang
penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang
berharta.
"Cukuplah jika
dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya,"
katanya kepada mStar
Online.
Erra ditemui
pada majlis pelancaran teater Takhta 3
Ratu di Bora Ombak di sini pada
Rabu.

Pelakon
Awie, Soo Wincci, Izreen Azminda, Beto Kushairy dan Datuk Rahim Razali turut
hadir pada majlis tersebut.
Terdahulu Erra
pernah berlahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abdin pada 25 Oktober 2007 dan
bercerai pada 18 Februari. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak
bernama Engku Aleesya yang kini berusia lima
tahun.
Sebelum
itu pernah Erra bertemu jodoh dengan penyanyi Yusry Abdul Halim dan bernikah
pada 15 Jun 2003. Mereka bercerai tiga tahun kemudian tanpa dikurniakan cahaya
mata.
Sementara itu,
mengenai Takhta 3 Ratu, ia merupakan projek teater yang menggabungkan tiga
produksi iaitu Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd, Erra Fazira Entertainment dan Awie
Entertainment.
Kata Erra, ia
merupakan sebuah pementasan yang berat dan berkos di mana ia memerlukan
beberapa penggabungan beberapa syarikat agar teater tersebut mendapat hasil yang
berkualiti.
"Selepas diberi
slot untuk menerbitkan sebuah pementasan teater di Istana Budaya, pengarahnya,
Erma Fatima terus merancang untuk menghasilkan judul ini.
"Ia juga sebuah
pelaburan yang berisiko tinggi kerana pemeñtasan berkonsepkan sejarah Melayu
sukar untuk menarik perhatian masyarakat. Apatah lagi ia akan berlangsung pada
Disember ini di mana ketika itu ibu bapa sibuk berjimat duit untuk persiapan
sekolah anak.
"Tetapi saya
percaya dengan gabungan pelakon yang mantap serta skrip yang bagus akan menarik
perhatian orang ramai untuk hadir menyaksikan teater ini,"
ujarnya.
Takhta 3
Ratu mengisahkan tentang puteri Majapahit
iaitu Galuh Chenderai (Izreen) yang berkahwin dengan Sultan Mansur (Azri
Iskandar) terluka hati apabila suaminya itu mengambil keputusan mengahwini
Puteri Hang Li Po (Soo Wincci) bagi mengukuhkan pertalian persahabatan antara
Melaka dan China.
Dalam
persengketaan antara Galuh Chenderai dan Li Po, kedua-dua mereka terduduk
apabila Sultan Mansur mahu menikahi Lela Wangsa (Erra), iaitu puteri kepada
Maharaja Dewa Sura, pemerintah Inderapura yang cuba hendak menyerang
Melaka.
Takhta 3
Ratu bakal dipentaskan bermula 13 hingga 22
Disember 2014 di Istana Budaya.
0 Response to "Erra Fazira Sahkan Kekasih Barunya Adalah Pemuda Bujang"
Post a Comment