
Shah
Alam: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lima tahun
oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan menganiaya yang mungkin
mendatangkan kecederaan fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan orang
kurang upaya (OKU) di bawah jagaannya.
Tini
Martini, 50, dituduh melakukan kesalahan itu terhadap anak majikannya dan
tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang dilakukan antara Februari hingga Mei
lalu.
Tertuduh
yang akan diusir dan tidak dibenarkan kembali ke negara ini selepas tamat tempoh
hukuman mengalirkan air mata ketika hukuman dijatuhkan Majistret Farah Azura
Mohd Saad.
Mengikut
pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan seperti mengheret, memukul, mengetuk
kepala dan memijak kaki kanak-kanak perempuan OKU berusia 10 tahun itu antara
Februari hingga Mei lalu.
Tertuduh
dituduh mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman
denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau
kedua-duanya.
via: METROONLINE
0 Response to "Amah Indonesia Dera Budak OKU Di Jel"
Post a Comment