
Kuala
Pilah: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya
bertembung dengan lori di Kilometer 1 Jalan Juasseh-Bahau, berhampiran masjid
Kariah Juasseh, hari ini.
Kejadian
jam 2 petang itu menyebabkan mangsa, Muhammad Syazwan Mohfudz, 16, yang juga
pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kikir, di
sini, parah di kepala dan badan.
Menurut
sumber, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC125 dari arah Bahau ke
rumahnya di Taman Jemapoh Murni, Juasseh, cuba mengelak dua kereta di hadapannya
yang berhenti secara mengejut, lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah
bertentangan.
Menurutnya,
sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengambil masa
kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah tayar
lori.
Mayat
mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihaha (HTAN) untuk bedah
siasat.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Azmi Abdul Rahim mengesahkan
kejadian.
0 Response to "Maut Tersepit Bawah Tayar Lori"
Post a Comment