
KUALA LUMPUR, (MLP) - Kumpulan terakhir 17 rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir besar di Jammu dan Kashmir, India, dijangka pulang ke tanah air esok.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia Airlines (MAS) telah mengesahkan bahawa 16 mangsa akan berlepas dari New Delhi, malam ini dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 6.55 pagi, esok (15 Sept).
Justeru, baki seorang lagi rakyat Malaysia akan diterbangkan keluar melalui Malindo Air.
Kumpulan terakhir rakyat Malaysia telah diterbangkan keluar dari kawasan yang dilanda banjir oleh Tentera India dan dibawa ke kediaman Gabenor pada hari Sabtu.
Kerajaan menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan India atas kehilangan nyawa rakyatnya dalam apa yang diisytiharkan oleh kerajaan India sebagai bencana negara.
0 Response to "Mangsa Malaysia Banjir India Pulang Esok (15 Sept)"
Post a Comment