Hot !

Tragedi MH17 Sepatutnya Dapat Dielakkan



Ketua Syarikat Penerbangan Emirates, Tim Clark berkata bencana MH17 mungkin dapat dielakkan jika maklumat zon peperangan telah dikongsi dengan luas dalam industri. 

Beliau kini inginkan maklumat mengenai ancaman dan zon peperangan diberi kepada semua syarikat penerbangan.

‘’Bukti menunjukkan bahawa peluru berpandu ini berada di kawasan tersebut beberapa minggu sebelum nahas MH17 berlaku. Emirates tidak mempunyai informasi tentang kegiatan ini dan saya yakin syarikat penerbangan yang lain juga tidak sedar’’.

‘’Jika diketahui, setiap syarikat penerbangan boleh mengelak kawasan yang berbahaya seperti Timur Ukraine’’, tambah beliau kepada BBC.

Laporan pertama oleh Lembaga Keselamatan Belanda berkata pesawat MH17 tidak mempunyai sebarang masalah teknikal tetapi ditembusi oleh satu objek berkelajuan tinggi.


Kredit Gambar : Voice of America


sumber : artikel asal

Related Posts :

0 Response to "Tragedi MH17 Sepatutnya Dapat Dielakkan"

Post a Comment