
Mi segera merupakan salah satu makanan yang dimakan orang ramai, dari pelajar kolej yang ingin berjimat duit ke penggemar mi seluruh dunia.
Suatu kajian dapati bahawa apabila makan mi untuk lebih dua hingga tiga kali seminggu, anda mempunyai risiko sindrom 'cardiometabolic'.
Kajian tersebut dipapar dalam 'The Journal of Nutrition' dan diketuai oleh Dr Hyun Joon Shin. Dr Shin melakukan kajian ini atas nama Baylor Heart and Vascular Hospital di Texas dan dapati bahawa mi segera serta mi ramen adalah bahaya terutamanya untuk para wanita.
Oleh sebab mi ramen dimakan banyak di Asia, kajian ini fokus di Korea Selatan, di mana paling ramai orang makan mi segera.
Dalam masa beberapa tahun, warga Korea Selatan mengalami peningkatan masalah kesihatan seperti sakit jantung dan masalah berat badan secara mendadak.

Dr Shin mengambil keputusan untuk kaji hubungan antara memakan mi dan juga masalah kesihatan. Dia menggunakan kamera kecil untuk melihat aktiviti penghadaman mi ramen segera berbanding dengan makanan yang segar.
Kebanyakan mi ramen segera mengandungi bahan kimia 'Tertiary-butyl hydroquinone (TBHQ) yang merupakan hasil butane, yang digunakan dalam industri petroleum.
Dalam kajian ini, Dr Shin juga dapati wanita mengalami masalaha kesihatan yang lebih teruk berbanding lelaki apabila makan mi ramen segera. Ini adalah mungkin wanita mempunyai perbezaan dari segi biologikal seperti hormon seks dan metabolisma.
Apa pendapat anda? Adakah anda lebih suka makan mi segera?
Kredit gambar: The Daily Mail
0 Response to "AWAS! Mee Segera Boleh Singkatkan Nyawa Anda!"
Post a Comment