Hot !

Guna Arang Untuk Memutihkan Gigi? Betul Ke Berkesan?


Siapa disini yang ingin memutihkan gigi dan juga menjaga kesihatan gigi?

Daripada membeli pelbagai produk pemutih gigi di klinik gigi dan farmasi, lebih baik anda gunakan arang untuk gosok gigi. Arang? Ya, arang!

Tapi, tunggu dulu, janganlah guna arang memasak dan barbecue untuk gosok gigi anda! Anda haruslah menggunakan 'activated charcoal' yang boleh memutihkan gigi anda.

'Activated charcoal' adalah sejenis serbuk arang khas digunakan untuk menyerap racun dari badan apabila gastrik, keracunan makanan dan juga sesuai digunakan untuk menjaga kesihatan gigi anda. 




Kenapa produk ini mampu menarik racun dari badan dan juga melegakan anda ketika sakit perut? Jika anda pernah ke farmasi untuk membeli 'charcoal pill', ia mempunyai fungsi yang sama sahaja. Untuk menghasilkan 'activated charcoal', arang biasa akan dibakar bersama sejenis gas yang menyebabkan arang tersebut mengandungi ruang-ruang kecil. 

Ruang-ruang kecil itu adalah ruang untuk 'activated charcoal' meresap racun atau menarik bahan kimia dari usus anda. Lihatlah video ini untuk cara menggosok gigi dengan 'activated charcoal' oleh salah seorang pengguna YouTube:

Kredit gambar: Amazon.com/Daily Mail UK/YouTube

0 Response to "Guna Arang Untuk Memutihkan Gigi? Betul Ke Berkesan?"

Post a Comment