Pelakon, Ayu Raudhah Che Wan, 30, hari ini memilih nama Aryann sebagai nama ketiga untuk anak keduanya yang dilahirkan pada 2 Mei lalu.
Gambar Muhammad Aisy Aryann yang dipetik dari laman Instagram Ayu Raudhah |
"Nama sebenar anak saya ialah Muhammad Aisy Aryann. Nama Aryann itu saya pilih kerana ia membawa maksud penuh dengan kuasa.
"Begitu juga dengan nama Muhammad Aisy yang membawa maksud kemakmuran dan kebahagiaan hidup.
"Memang selepas ini, kalau kami dikurniakan anak lelaki lagi, kami akan meletakkan nama Muhammad Aisy di depan dan nama ketiga dipilih bersama dengan suami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
"Memang selepas ini, kalau kami dikurniakan anak lelaki lagi, kami akan meletakkan nama Muhammad Aisy di depan dan nama ketiga dipilih bersama dengan suami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Ayu, isteri kepada pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Zaquan Adha, 27, selamat melahirkan Aryann yang mempunyai berat 2.73 kilogram di Hospital Columbia Asia, Johor Bahru awal bulan ini.
Ayu dan Zaquan yang bernikah pada 2011 juga telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Aisy Qaiser yang kini sudah berusia setahun. - UTUSAN ONLINE
Ayu dan Zaquan yang bernikah pada 2011 juga telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Aisy Qaiser yang kini sudah berusia setahun. - UTUSAN ONLINE
0 Response to "Ayu Raudhah pilih nama Aryann untuk anaknya"
Post a Comment