Hot !

MAB Tak Kenakan Caj Tambahan, Air Asia Pula Suruh Penumpang Bayar RM3!


Bilangan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) naik mendadak sejak syarikat penerbangan AirAsia mula beroperasi di situ semalam.



MAB Tak Kenakan Caj Tambahan, Air Asia Pula Suruh Penumpang Bayar RM3! , info, berita, terkini, Isu Semasa,



Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan mengakui terdapat beberapa isu melibatkan operasi di KLIA2 disebabkan perkembangan tersebut.

 



“Bagaimanapun operasi teras MAHB pada keseluruhannya beroperasi dengan lancar walaupun masih ada aspek-aspek tertentu perlu dikemaskini oleh semua pihak untuk menambah baik perkhidmatan KLIA2.

“Atas sebab itu MAHB telah mengadakan mesyuarat pertama dengan AirAsia pagi ini bagi membincangkan isu-isu operasi dihadapi kedua-dua pihak,” kata kenyataan itu hari ini.




Menurut kenyataan itu, antara isu yang dibincangkan berhubung keselesaan penumpang di KLIA2 seperti tuntutan semula bagasi, pengurusan daftar masuk, keselamatan dan pelepasan kastam, kebersihan tandas, papan tanda dan komunikasi.

Tambah kenyataan itu, kedua-dua parti bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan semua isu berbangkit tersebut dapat ditangani dengan baik dan secepat mungkin demi keselesaan orang ramai.



Air Asia Pula Suruh Penumpang Bayar RM3!, Berita, info, Isu Semasa, MAB Tak Kenakan Caj Tambahan, terkini,


MAHB turut memaklumkan menerima pertanyaan daripada penumpang berhubung caj KLIA2 sebanyak RM3 yang terkandung dalam tiket penerbangan AirAsia.

“Kami telah meminta AirAsia menerangkan kepada orang ramai berhubung caj tambahan RM3 ini. Tiada caj tambahan seperti itu dikenakan KLIA2.

“Caj lapangan terbang kami adalah standard dan termaktub kepada semua syarikat penerbangan di KLIA2,” kata kenyataan itu. – mynewshub.my

sumber

0 Response to "MAB Tak Kenakan Caj Tambahan, Air Asia Pula Suruh Penumpang Bayar RM3!"

Post a Comment