Pelakon Boy Iman antara salah satu selebriti yang menerima penganugrahan Darjah Jaksa Naning Melaka (D.J.N.M) yang membawa gelaran Datuk selain pelawak Pian Cecupak dan vokalis Lefthanded, Nash.
Namun, ramai pihak yang mempertikaikan penganugerahan tersebut dan didakwa gelaran Datuk daripada Kerajaan Naning itu adalah tidak sah. Walaubagaimana pun, menurut Boy dia juga tertanya-tanya mengenai kesahihan penganugerahan tersebut dan mahu pihak berwajib menyiasat perkara tersebut.
“Jika benar ianya tidak sah, saya harap pihak berkuasa membuat siasatan yang sewajarnya. Saya pun nak tahu juga status pengiktirafan ini. Tapi kalau kita kaji semula, Kerajaan Naning memang ada termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah menurut sejarah, Kerajaan Naning yang membuka Melaka dan Negeri Sembilan. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka pula, Datuk Naning menjaga 25 mukim yang merangkumi tiga perempat Melaka,” jelas Boy
Sementara itu, ada juga pihak yang mempersoalkan atas sumbangan apa Boy diberi pengiktirafan Datuk. Namun, kata Boy, perkara itu seharusnya ditanya kepada Datuk Naning sendiri.
“Saya tak minta pun diberi penghargaan ini. Bila orang nak bagi, kita terima sajalah. Jangan tanya saya kenapa mereka beri saya gelaran Datuk. Kerajaan Naning ada majlis mereka sendiri dan mereka lebih mengetahui tentang perkara ini, kata Boy menerangkan Datuk Naning mungkin menggunakan ketiga selebriti ini untuk membuka mata masyarakat tentang kerajaannya.
“Saya anggap mereka beri saya, Pian dan Nash gelaran Datuk sebagai publisiti untuk pengaruh masyarakat. Dulu Kerajaan Naning diiktiraf tapi kenapa sekarang dilupakan. Bagi saya kita kena kenal sejarah,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sumber : ohartis.com
Sumber : ohartis.com
0 Response to "Boy Iman Jawab Isu Gelaran Datuk Tidak Sah"
Post a Comment