Bagi pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, Murai Batu dengar dia masih tetap mahu meneruskan majlis nikahnya dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana walaupun keadaannya yang menghidap demam denggi itu masih belum pulih.
Murai Batu dapat tahu, Syamsul yang hadir dengan tangan yang sedang berdrip air itu kelihatan agak lemah dan biji matanya juga kelihatan merah. Dia ditemani doktor peribadinya yang memantau setiap masa keadaannya.
Lepas Nikah, Doktor Gesa Syamsul Yusof Balik Semula Ke Hospital
Berjubah putih dan berserban, Syamsul bagaimana pun selamat diijabkabul dengan Sarah pada pagi Sabtu lalu.
Namun dia kecewa kerana tidak dapat meneruskan majlis persandingannnya yang sepatutnya berlangsung pada malam hari yang sama.
Malah, Murai Batu dengar Syamsul yang sepatutnya masih lagi belum dibenarkan keluar hospital diarahkan oleh doktornya untuk segera kembali ke hospital untuk ditahan dan menjalani rawatan susulan.
Apa-apa pun Murai Batu harap pasangan ini kuat menghadapi dugaan itu dan Syamsul segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan ruamhtangga seperti biasa.
Sumber : Murai

0 Response to "Lepas Nikah, Doktor Gesa Syamsul Yusof Balik Semula Ke Hospital"
Post a Comment