Hot !

Hanez Suraya Mahu Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Facebook Kami Sokong Liyana Manan

Kalau anda tidak tahu, laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan telah pun mencecah lebih 100,000 LIKE. Satu angka yang amat mendadak sekali kenaikannya. Kalau tak silap, angka ini tercapai kurang daripada 48 jam. Menariknya di laman ini banyak gambar-gambar yang tidak pernah dipampangkan di mana-mana media turut dikongsikan oleh pengendalinya.


Hanez Suraya Mahu Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Facebook Kami Sokong Liyana Manan


Hanez Suraya Mahu Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Facebook Kami Sokong Liyana Manan



Namun begitu menerusi Berita Harian hari ini, Hanez Suraya berkata yang dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman Facebook ini. Kata Hanez Suraya:-



Jika perbuataan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis. Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya.


Malah Hanez Suraya turut memaklumkan sebahagian gambar yang dikongsi di laman sosial itu tidak ada kaitan dengan kontroversi yang sedang melanda dirinya. Hmmmm….. Mungkin Hanez terkejut kerana ada paparazi yang berjaya merakamkan gambarnya bersama Romie di Melaka baru-baru ini (gambar di atas) dan seterusnya dimuatnaik ke laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan. Diharap Hanez lebih berhati-hati kerana gerak gerinya kini sememangnya diperhatikan orang ramai.


Sumber : Beautifulnara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Hanez Suraya Mahu Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Facebook Kami Sokong Liyana Manan"

Post a Comment