Hot !

Datuk Fatimah Abdullah: Pelajar Lahir Anak Luar Nikah Berhak Sambung Persekolahan

Pelajar yang melahirkan anak tanpa nikah berhak untuk meneruskan persekolahan, kata Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.


Beliau berkata hak pelajar berkenaan untuk berbuat demikian tidak boleh dinafikan oleh pengurusan sekolah tempat dia belajar.  


Datuk Fatimah Abdullah: Pelajar Lahir Anak Luar Nikah Berhak Sambung Persekolahan


Datuk Fatimah Abdullah: Pelajar Lahir Anak Luar Nikah Berhak Sambung Persekolahan



Katanya, pelajar terbabit dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, yang menyebut mana-mana ibu tunggal di bawah umur (bawah 18 tahun) berhak untuk meneruskan persekolahannya setelah bersalin.


“Bagaimanapun, pelajar terbabit boleh dipindah ke sekolah lain atas persetujuan antara pengurusan sekolah dan pelajar terbabit,” katanya kepada Bernama selepas sidang media di pejabatnya semalam.


Menurut Fatimah, pihak pengurusan sekolah kini lebih terbuka untuk menerima semula pelajarnya yang melahirkan anak di luar nikah.


Menteri itu berkata, dalam hal Sarawak, sementara menunggu masa untuk bersalin, pelajar atau wanita yang di bawah umur dan mengandung tanpa nikah boleh memohon untuk ditempatkan di pusat perlindungan di Taman Sri Puteri di Telaga Air dekat sini.  – Bernama


Sumber : Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 Response to "Datuk Fatimah Abdullah: Pelajar Lahir Anak Luar Nikah Berhak Sambung Persekolahan"

Post a Comment