KUALA LUMPUR 11 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengenakan hukuman denda sebanyak RM4,000 terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung Sultan Perak dalam satu sidang akhbar di firma guamannya, lima tahun lalu.
Hukuman ini juga menyebabkan Karpal boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor.
Perkara itu turut disahkan oleh anaknya yang juga Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh menerusi laman sosial Twitter.
Sementara itu, Karpal ketika ditemui berkata, beliau akan menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.
"Saya akan failkan rayuan. Itu (denda) telah dibayar tadi.
"Apa yang penting adalah menunggu mahkamah rayuan membuat keputusan, kami ada 14 hari," katanya.
0 Response to "Karpal Didenda RM4,000 : Hilang Kelayakan Ahli Parlimen"
Post a Comment