KAJANG, 11 Mac - Perbalahan besar dalam pakatan pembangkang yang cuba disembunyi daripada pengetahuan rakyat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membuat kejutan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, 23 Mac ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kempen BN akan turut menonjolkan kemelut berpandangan yang dihadapi pembangkang itu.
"Pakatan pembangkang fikir mereka gabungan yang mantap sedangkan jelas berlaku perbalahan besar, sama ada dari segi dasar mahupun antara kepimpinan.
"Jadi ini peluang besar untuk kita laksanakan gerakan lebih ofensif bagi menjelaskan perkara yang dibangkitkan lawan mengenai BN, selain isu yang membelenggu pakatan itu," katanya kepada pemberita selepas selesai penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang di Bandar Baru Bangi Selasa.
Hadir sama Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel dan ketua-ketua sayap melibatkan Wanita, Pemuda, dan Puteri Umno.
PRK DUN Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun BN dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR.
0 Response to "TPM : Perbalahan Pembangkang Beri Kelebihan buat BN"
Post a Comment