KOTA KINABALU, 24 Januari: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mungkin akan meringkuk dalam penjara kerana salah laku apabila dia secara tidak sengaja tertarik picu pistol miliknya, mengakibatkan seorang kakitangan sebuah resort cedera.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, ketika mendedahkan kejadian itu berkata, anggota terbabit kini ditahan untuk disoal siasat, dan kes berkenaan disiasat di bawah Akta Senjata Api.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, ketika mendedahkan kejadian itu berkata, anggota terbabit kini ditahan untuk disoal siasat, dan kes berkenaan disiasat di bawah Akta Senjata Api.
Pistol jenis P22, jenis yang sama dalam kejadian. - Foto pixgood.com
Walaupun ia kemalangan, kami melihat ia sebagai tindakan salah laku.
Jika dia didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun,? kata Jalaluddin kepada pemberita selepas menghadiri taklimat keppada 600 pegawai dan anggota polis yang akan bertugas ketika ?Program Retreat Menteri-menteri Luar? di Sabah minggu depan.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, anggota PGA terbabit dikatakan sedang menunjukkan cara-cara mengendalikan pistol semi automatik P22 kepada dua pekerja di dewan makan sebuah resort di Pulau Mantanani di luar Kota Belud.
Difahamkan, anggota PGA berkenaan sedang menunjukkan peluru yang ada dalam kebuk (chamber) pistol itu apabila secara tidak sengaja terpicit picu mengakibatkan terlepas tembakan yang mengenai perut mangsa yang duduk kira-kira lima meter dari suspek.
Mangsa yang kini sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu dilaporkan stabil.
Sumber: therakyatpost.com
0 Response to "Anggota PGA tunjuk cara guna pistol tertembak pekerja resort"
Post a Comment