#Wajah Cikgu Erin ketika bergelar mak nyah.
Sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kekal cantik.
Pernah dihina sejak kecil hanya kerana memiliki
naluri wanita mendorong Mohd Khairiri Mohamad Ramli memilih untuk meneruskan
kehidupan dalam dunia mak nyah.
Lebih malang, dia pernah diperdagangkan sebagai
pekerja seks oleh teman lelakinya selama enam tahun.
Namun, itulah kisah hidupnya selama hampir 18
tahun lalu. Kini bergelar guru, Khairiri mengisi masanya dengan aktiviti
kemasyarakatan.
Bagi Khariri, perubahan yang dilakukan
memerlukan kekuatan dalaman dan motivasi yang kuat.
"Apa yang penting kita perlu mempunyai niat
untuk berubah. Pedulikan kata-kata orang kerana yang penting Allah tahu niat
kita untuk berubah," katanya kepada mStar Online di Sekolah Kampung Idaman,
Pelabuhan Klang baru-baru ini.
Mengakui punca utama terjebak dalam budaya
songsang ini kerana ceteknya pendidikan agama serta kesempitan hidup, dia
bagaimanapun tidak mahu ianya terus membelenggu dirinya, sebaliknya bangkit
untuk membawa perubahan.
"Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Namun saya
akui apabila sudah ke universiti rakan sebaya turut mempengaruhi kita untuk
lebih mengenali dunia mak nyah ini.
"Di sana saya mula berjinak-jinak dan mengambil
suntikan hormon dalam usaha merealisasikan impian menjadi wanita yang cantik dan
bersaing dengan rakan-rakan mak nyah yang lain," katanya mengimbas semula kisah
silamnya itu.
Selepas beberapa kali dikecewakan oleh 'teman
lelaki' yang sering mengambil kesempatan sebagai pemuas nafsu, Khairi atau lebih
mesra dengan panggilan Erin akhirnya nekad untuk meninggalkan kehidupannya yang
penuh dengan kemaksiatan itu.
"Sebenarnya pernah tiga empat kali saya cuba
keluar daripada dunia mak nyah, namun kerana tak sanggup ubah penampilan diri
dan potong rambut, saya kembali semula ke lorong.
"Akhirnya saya nekad untuk berubah sebab saya
fikir sampai bila nak jadi begini. Saya hendak pengakhiran hidup yang baik. Saya
mula fikir soal kematian dan saya hendak mati dalam keadaan yang bersih dan
tidak mencurigakan," katanya.
Cikgu Erin bersama-sama dengan anak muridnya. |
#Selepas berhijrah anak kelahiran Chemor, Perak
ini mengakui bukan mudah kerana dia masih lagi berhadapan dengan rakan-rakan
yang cuba mempengaruhi supaya kembali ke dunia mak nyah.
"Saya harap perubahan kali terakhir ini akan
kekal sampai bila-bila. Saya kini lebih menumpukan kepada usaha kepada
kerja-kerja amal. Cita-cita saya untuk menjadi daie mendekati golongan mak nyah
ini supaya dapat menarik mereka keluar daripada amalan songsang tersebut.
"Saya juga ada membuka Persatuan Kebajikan
Darul Modahish. Di sini saya bertindak sebagai perunding kepada pelajar yang
tidak pergi ke sekolah agama dan mereka yang mempunyai masalah keluarga. Di sini
mereka diajar mengenai ilmu fardhu Ain dan kelas mengaji al-Quran," katanya yang
hanya mengenakan bayaran serendah RM10.
Khariri bersama dengan Hamidi |
#Kegigihan Khairiri mendapat perhatian Guru
Besar SK Kampung Idaman, Pelabuhan Klang, Hamidi Shariff apabila beliau
bertindak untuk tidak mendiskriminasikan golongan transgender, walaupun terkejut
ketika kali pertama bertemu Khairiri.
"Saya pernah tanya dia (Khairiri) sama ada dia
ini perempuan atau lelaki. Kalau lelaki saya mahu dia berpakaian seperti seorang
lelaki," katanya yang terkejut apabila Khairiri memakai baju kebaya pada majlis
menyambut kedatangannya sebagai Pengetua SK Kampung Idaman yang baharu pada
2010.
Hamidi berkata, dia sering menasihatkan
guru-guru di sekolah tersebut agar melayan dia seperti seorang lelaki dan
menyimpan hasrat untuk melihat Khairiri mendirikan rumah tangga bagi
melengkapkan hidupnya.
"Di sekolah ini tidak ada seorang pun guru yang
kena marah. Saya lebih suka mendengar dan memberi nasihat, itulah pendekatan
yang saya gunakan kepada semua guru-guru di sini," katanya kepada mStar Online
di pejabatnya baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau mengakui ada cakap-cakap
belakang yang mengatakan saya meberi 'muka' kepada Khairiri apabila saya beri
peluang kepada dia mencuba bidang teater dan kesenian yang diminatinya.
"Kata-kata itu tidak benar, kerana semua guru
boleh buat apa sahaja aktiviti yang mereka minat. Saya tidak pernah menghalang.
Yang penting, pelajarnya tidak terabai. Dia pun sering membuat kelas tambahan
percuma kepada pelajar-pelajar yang tidak ketinggalan," katanya.
Sumber
0 Response to "DULU PONDAN, SEKARANG JADI PENDAKWAH TERKENAL"
Post a Comment