ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengesan ada warung, gerai ataupun kedai makan didakwa mengenakan caj tambahan bagi minuman bungkus.
Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusoff Ismail berkata, tidak dinafikan sememangnya ada kes sebegini, namun ia hanya sebilangan tempat sahaja.
Ada perbezaan harga minuman berbungkus berbanding minum di kedai berkenaan. Jadi, ia menimbulkan tanda tanya kepada sebilangan pembeli,? katanya kepada Sinar Harian.

Papan tanda sebuah gerai jelas memaparkan harga minuman berbungkus lain dari harga dipaparkan
Menurutnya, sekiranya caj 20 sen itu dikenakan untuk nilai bungkusan plastik atau ais tambahan bagi minuman berkenaan, ia seolah-olah sebab tidak munasabah.
Justeru, katanya, pengguna perlu berhemah dalam memilih barangan dibeli mereka, manakala peniaga hendaklah jujur dan beretika dalam urusan jual beli.
Yusoff berkata, pihak mereka menasihatkan peniaga agar tidak menaikkan harga barangan di kedai makan, warung ataupun gerai mereka sewenang-wenangnya.
Menurutnya, perbuatan sebilangan peniaga meletakkan harga lain untuk minuman berbungkus dilihat tidak kena, jadi tindakan sebegini perlu dihentikan segera.
0 Response to "Warung Kenakan Caj Kalau Bungkus?"
Post a Comment