GAMBAR
HIASAN
JEMPOL
– Seorang wanita hamil tiga bulan antara 86 orang yang ditahan dalam ‘Ops Sarang
Khas’ di sekitar kawasan Felda di daerah ini, hari ini.
Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan Ismail Ahmad Khairi berkata
wanita itu, yang hamil anak ketiganya, ditahan bersama-sama suaminya di rumah
mereka.
Kesemua
penagih itu, yang berusia antara 21 tahun hingga 66 tahun, ditahan dalam operasi
itu yang dijalankan bersama-sama dengan Polis Negeri Sembilan dan Pasukan Khas
Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman.
“Daripada
jumlah itu, seramai 31 daripadanya merupakan kes baharu manakala bakinya adalah
kes ulangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis daerah Jempol di
sini, hari ini. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri
Sembilan Supt Ayub Salim.
Ismail
berkata operasi itu, yang bermula 10 malam hingga 2 petang tadi, membabitkan 65
anggota polis dan 113 anggota AADK.
“Operasi
kali ini menumpukan penyalahgunaan dadah di kawasan Felda Palong 4, 5, dan 6
selain melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan kawasan ladang.”
katanya.
“Serbuan
dibuat hasil maklumat orang awam dan pemerhatian anggota kami dan polis,”
katanya.
Sementara
itu, Ayub berkata dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia
40 tahun yang tidak bekerja di Felda Pasoh 2 dekat sini, dan merampas enam paket
dadah disyaki heroin seberat 13.11 gram dan sepaket dadah disyaki syabu seberat
1.32 gram.
“Suspek
akan didakwa di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Ayub
turut menasihati golongan muda supaya menjauhi atau berhenti daripada penagihan
dadah, selain meminta masyarakat supaya terus peka dengan keadaan tempat tinggal
dan persekitaran serta dapat menyalurkan maklumat bagi memastikan kawasan mereka
bebas dadah. – BERNAMA
0 Response to "Wanita Hamil Antara Ditahan Dalam ‘Ops Sarang Khas’"
Post a Comment