Hot !

6 Perkara Orang Sanggup Lakukan Demi WiFi Percuma

WiFi Percuma


Kalau sebelum ni, orang sibuk cari jodoh je. Kalau pergi lepak je dok ‘usha’ awek ke pakwe ke. Sekarang tak dah. Cari awek dekat telefon je. Tapi apa yang penting kena ada WiFi.
Yelah bukan semua orang mampu pasang internet dekat rumah. Dari bayar setiap bulan beratus-ratus, lebih baik cari WiFi, percuma pulak tu!


Hah.. untuk mereka yang kaki online tu, mesti 6 perkara ini anda sanggup lakukan untuk dapatkan WiFi. Mohon terasa okay!

1. Sanggup buat apa saja untuk dapat internet lagi laju

You-feel-sick-your-stomach-when-your-phone-dies
Ni mesti ramai selalu buat. Ada yang sanggup berjalan-jalan dan berpindah-pindah meja di kedai makan semata-mata nak dapat isyarat internet lagi laju.

2. Pergi kafe tapi order benda paling murah

kafe tapi order benda paling murah
Tak payah cakap. Mesti semua orang pernah buat. Admin pun selalu buat masa zaman belajar. Kalau dapat mamak yang ada WiFi memang best, siap boleh order makan. Tapi kalau kafe mahal-mahal tu, order air paling murah dengan air kosong!

3. Sanggup duduk di pejabat / kelas lama-lama

pejabat / kelas
Setiap kali masa kerja atau kelas, mesti tak sabar nak habis. Mata tu asyik tengok je jam. Tapi bukan sebab nak balik pun, tapi sebab nak online. Tak pun download game atau  movie untuk tengok dekat rumah.

4. Sanggup tumpang rumah kawan

tumpang rumah kawan
Best kalau dapat kawan anak orang kaya, lepas tu ada internet dekat rumah. Konon ajak lepak dekat rumah, tapi sibuk dengan telefon je. Dah macam rumah sendiri dah korang buat.

5. Guna WiFi jiran

giphy
Kalau dapat tahu jiran ada pasang internet, mula la sibuk nak bertegur sapa. Dah berjiran 5-6 tahun tapi baru nak bertegur sebab ada WiFi.

6. Sanggup cipta alat untuk curi WiFi



Kalau ada yang terlalu kreatif dan sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan WiFi, deorang ni sanggup cipta alat untuk curi WiFi orang lain.

P/S: Kongsikan dengan kami, apa yang anda sanggup lakukan untuk dapatkan WiFi.

0 Response to "6 Perkara Orang Sanggup Lakukan Demi WiFi Percuma"

Post a Comment