
BANDA
ACEH – Polis Indonesia semalam menyiasat dakwaan beberapa pelarian wanita
Rohingya dirogol oleh sekumpulan lelaki tempatan ketika mereka keluar dari kem
penempatan mereka.
Siasatan
dijalankan sehari selepas sekumpulan pelarian Rohingya membuat bantahan secara
aman terhadap kejadian itu dengan beramai-ramai meninggalkan kem
berkenaan.
Beratus-ratus
pelarian Rohingya dari Myanmar ditempatkan di kem itu selepas kapal yang dinaiki
mereka hanyut ke wilayah Aceh di utara pulau Sumatera pada Mei lalu.
Polis
berkata, empat wanita Rohingya berusia 14 hingga 28 tahun mendakwa diserang
sekumpulan lelaki pada pagi Isnin lalu selepas keluar dari kem penempatan di
Blang Ado, barat Aceh.
Berita
mengenai serangan itu menyebabkan beratus-ratus pelarian meninggalkan kem
berkenaan, tetapi mereka kembali semula selepas dipujuk sukarelawan.
Kemarahan
kembali memuncak apabila sebuah ambulans tiba bagi membawa mangsa ke hospital
untuk pemeriksaan lebih lanjut.
“Beberapa
pelarian cuba menghalang ambulans itu dan ada yang membaling batu,”kata
seorang petugas.
Jurucakap
polis, Triarsono Anang berkata, mangsa dibawa ke hospital dan polis menunggu
laporan doktor sebelum memburu suspek.
“Kami
masih dalam proses menyiasat dan mengumpul bukti.
“Kami
masih belum menyoal siasat sesiapa kerana masih menunggu keputusan pemeriksaan
doktor,” jelasnya. – AFP/myMetro Online
0 Response to "Pelarian Rohingya Dakwa Dirogol Geng Indonesia"
Post a Comment