Bukit
Beruntung : Bas ekspres bawa 29 penumpang dan treler muatan simen terjunam ke
dalam gaung selepas terbabit dalam pelanggaran di Kilometer 431.1 Lebuhraya
Utara-Selatan arah Kuala Lumpur berdekatan Jambatan Sungai Guntong, di sini,
awal pagi tadi.
Kemalangan
kira-kira 2.30 pagi itu menyebabkan pemandu treler maut manakala kelindannya
parah.
Pemandu bas
ekspres serta kanak-kanak berusia tujuh tahun turut cedera namun penumpang lain
selamat.
Pegawai Bomba
dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Mahmud Selamat berkata, bomba menerima panggilan
pada 3.02 pagi dan segera ke lokasi kejadian.
"Sampai di
lokasi kita dapati bas dan lori sudah berada di dalam gaung.
"Pemandu lori
tersepit dan berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia,"
katanya.
Mangsa yang
cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dirawat. -HM
0 Response to "4 Gambar : Bas ekspres 29 penumpang dan treler jatuh gaung kemalangan awal pagi"
Post a Comment