Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun
sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila
dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
“Eh,
makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya
Duduk.
“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja.
Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal
tulang,” balas Arifin.
“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar
pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa
Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini
dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang
menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di
sampaikan.
“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata
Arifin.
“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun
hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia
menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah
itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
“Entahlah.” katanya
perlahan,
” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di
kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air
Panas,”kata Arifin.
Tambah
kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan
klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan
penyakitnya.
“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.
“Dah pergi
berubat kampung?”saya bertanya.
“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap
kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi.
Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas
Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak
pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik
juga berubah murung, kusut
“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan
kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi
gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.
Akibatnya,
sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh
kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan
besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan
penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak
mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk
berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada
juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa
rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu,
penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga
hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan
kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal
30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim
panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama,
kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman
seperti di penuhi darah beku.
“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh,
kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia?
Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu
“Hidup kami pun
jadi tak terurus macam dulu”.
Di sebabkan doktor tempatan gagal
menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir
sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati
kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit
berkenaan.
“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila
malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz
dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara
moden,”tambah Arifin.
“InsyaAllah.” Balas saya.
Tapi saya mula
terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman,
kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita
merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku
di hati.
“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”
“Macam-macam ustaz.
tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia
tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata
Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak.
Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk
ke rumah Arifin pada malam esoknya.
“Datang ya, ustaz . Saya
tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah
lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke
rumahnya selepas isyak.
“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil
membawa saya ke sebuah bilik.
“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan
terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya
sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan
seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke
dinding.
“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil
memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan
Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu.
Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu
yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala
separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar
memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya
panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya
bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti
awak tersinggung”.
“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab
Arifin.
“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup
nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
“Ooo. mmm,
dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.
“Keluar lendir bercampur
nanah.”
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu
memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal-
hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya
memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan
balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa.
Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu
bapanya.
“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun
sudah.”
“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.
Setelah merawat Niza
dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu
saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan
ujian Allah.
“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya
sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya
keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin
menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya
kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang
itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan.
Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan
Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan
isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin
menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak
menangis.
“Ustaz,”katanya,
“Sekarang barulah saya tau kenapa dia
jadi macam tu”
“Kenapa?”pantas saya bertanya…
“Sejak dua tiga
malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin
menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri
saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia
telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya
tanya “Kenapa?”
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari
perempuan lain.
“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula
kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu
selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”
Saya tanya, masa bila awak
buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di
luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan
beberapa lelaki.
“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak
kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap
zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia
minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun
yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang
pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah.
Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan
kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka
Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin
berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun
elok.
“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata
saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan
isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar
meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih
dahulu.”
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal
tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak
dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab
menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia
pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan
memaksa.”
“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.
“Dia dah derhaka
dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada
saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak
keras.
Mungkin dia terkejut.
“Ya. dia pergi dengan aman dan awak
pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi
kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah
mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara
itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
“Takkan awak nak biarkan
dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia
dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.
Setelah puas memujuk,
akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah
Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak
tujuh kali.
“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya.
Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan
isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa
sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia
lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi
dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah,
memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian
minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan
tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
“Namun
demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat
kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya
dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada
lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.
P/S: Jika anda menyukai artikel ini, sila kongsikan kepada kawan-kawan
anda terima kasih. Mohon VIRALKAN Terima kasih.
0 Response to "MEJIJIKKAN! Kisah benar isteri beri suami minum Air Mani dan Darah Haid, isteri akhirnya bertukar menjadi..."
Post a Comment