
Sebelum
ini kelihatan seperti rumah tangga Yatt Hamzah dapat dipertahankan apabila Yatt
Hamzah menarik balik permohonan cerai namun perkara tersebut tidak dapat
dielakkan juga akhirnya apabila mereka sah bercerai talak satu pada Ogos
lalu.
Malah khabar angin yang mendakwa punca perpisahan pasangan ini
adalah berasal daripada kehadiran orang ketiga turut tersebar dan pihak Melodi
berkesempatan untuk bertanyakan perkara tersebut pada siarannya baru-baru
ini.
“Tidak. Saya sangkal sama sekali (khabar angin). Perkara itu tidak
wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul. Biasalah, sebagai
selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus. Saya
pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar”
“Cerita yang dikhabarkan itu bukan punca perpisahan kami. Sebagaimana
yang berlaku antara saya dan bekas suami biarlah menjadi rahsia di antara kami
dan Allah. Saya tidak pernah menceritakannya kepada sesiapa kerana ia adalah
satu aib kepada saya dan bekas suami”
“Saya tetap sama seperti dulu. Saya
tetap manusia biasa yang membuat kesilapan. Sekiranya saya melakukan perkara
yang nampak tidak sesuai untuk saya lakukan pada ketika ini, tegurlah saya.
Tetapi teguran itu perlu kena pada masa tempat dan caranya. Tegurlah secara
membina, bukan menghancurkan,” jelasnya.
Selain itu, Yatt juga
memberitahu bahawa hubungannya dia dan juga bekas suami, Abdul Mutalib Shukor
masih lagi baik dan mereka kini bergilir-gilir menjaga anak.
0 Response to "Yatt Hamzah Nafi Orang Ketiga Punca Cerai"
Post a Comment