
SHAH ALAM: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom memberi jaminan perhimpunan di Petaling Street akan tetap diadakan hari ini.
Walaupun ia dilarang oleh pihak polis, namun Mohd Ali memberitahu ia akan tetap diteruskan sebagai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap monopoli peniaga di kawasan itu.
"99 peratus akan ada himpunan, yang mana yang datang adalah pahlawan-pahlawan Melayu.
"Kita tidak mahu melihat sesebuah kaum memonopoli kawasan itu. Ia harus dikongsi bersama antara kaum India, Melayu dan Cina, barulah sesuai dengan konsep 1 Malaysia," katanya memetik Antarapos.
Mohd Ali atau dipanggil Ali Tinju menambah ramai anak-anak Melayu akan 'turun padang' untuk menuntut janji pihak berkuasa supaya hak sama rata diberikan terhadap peniaga tanpa mengira kaum.
Malah mereka juga tidak akan menghiraukan gesaan mana-mana pihak untuk menghentikan perhimpunan. - SUMBER
0 Response to ""YANG DATANG ADALAH PAHLAWAN-PAHLAWAN MELAYU" - AMARAN SI BAJU MERAH"
Post a Comment