
Baru-baru
ini, selebriti Abby Abadi menceritakan pengalamannya membeli kek dari restoran
Secret Recipe untuk sambutan majlis hari jadi anaknya. Menurut Abby, dia
berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret Recipe kerana dia meragui
status halalnya. Ini ialah kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang
muslim.

Seorang peminat mempertikaikan kenyataan Abby namun dia tetap mempertahankannya.



Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal. Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.
Mungkin
selepas ini Abby patut belajar membuat kek supaya dia dapat memastikan kesemua
bahan yang digunakan ialah halal. Tak susah pun buat kek, kan? Sejam saja dah
siap.
Atau
pesan saja kek yang dibuat di rumah oleh pembuat-pembuat kek yang bertebaran di
Facebook dan Instagram dari awal. Sekiranya tidak cukup masa, majlis sambutan
boleh dilambatkan sehari dua. Yang penting tiada syak dan was-was, ya tak?
Kredit gambar, Instagram Abby
Abadi
0 Response to "VIRAL ! Abby Abadi Dedahkan Punca Sebenar Jangan Beli Kek Secret Recipe Walaupun Halal!"
Post a Comment