Pelakon Uqasha Senrose boleh
dikatakan masih baru dalam industri hiburan tanah air namun namanya tidak
habis-habis terpalit dengan kontroversi. Terbaru pelakon ini digosipkan
dengan Iqram Dinzly dan ada yang mendakwa mereka dilihat
bermesra di dalam kapal terbang daripada Kuching menuju ke Kuala Lumpur.
Memetik sumber Utusan Malaysia, pasangan
ini kelihatan sungguh romantis bersama malah juga terdapat adegan adegan yang
melampaui batas ketika di dalam penerbangan tersebut. Betol ke?
Menjawab tuduhan itu, Uqasha berkata:-
“Mustahillah kami mahu buat benda tidak elok, malah Iqram bukan budak-budak dia sudah lebih dewasa dalam hal ini. Saya anggap ini satu lagi fitnah, masalahnya kenapa tidak sudah-sudah,” jelasnya.
Tuan punya badan sudah menafikan tp kalau tiada
angin masakan pokok bergoyang. Hehe
0 Response to "UQASHA SENROSE & IQRAM DINZLY BERMESRA DALAM KAPAL TERBANG?"
Post a Comment