Saya
telah membuat infografik untuk post ini bagi memudahkan anda faham tentang
cara-cara menjual duit lama anda. Anda boleh memuat turun infografik tersebut di
laman Facebook saya; Infografik: Panduan Menjual Duit Lama.
Anda
dibenarkan untuk berkongsi infografik ini dengan syarat tidak mengubah sebarang
rekabentuk dan maklumat yang saya sertakan. Jika boleh, tolong kongsikan link
post/blog ini di post/entri yang anda buat.
Ramai
yang bertanya macamana cara mudah nak jual duit lama. Ada di antara mereka yang
bertanya itu mempunyai banyak duit syiling lama Malaysia yang ingin dijual
kerana sudah lama menyimpannya atau baru sahaja dapat daripada saudara-mara dan
rakan-rakan. Jika anda rajin mencari duit lama, ianya juga boleh menjadi satu
bisnes yang menguntungkan. Jika anda tahu duit syiling lama yang manakah yang
dicari oleh para pengumpul duit syiling lama. Saya akan menceritakan mengenai
hal duit 'Rare" yang dicari oleh kolektor kemudian. Untuk entri ini, saya akan
kongsikan kepada anda cara mudah untuk menjual koleksi duit syiling lama
anda.
Apa
yang anda perlu lakukan sebelum menjual duit lama?
Menjualnya secara online.
Menjualnya kepada rakan-rakan kolektor
Menjualnya melalui persatuan Numismatik
Menjualnya kepada penjual duit lama
Terima kasih kerana membaca entri ini.
Anda
perlu cuba mencari harga duit lama tersebut terlebih dahulu sebelum anda ingin
menjualnya. Jika tidak, anda mungkin akan meletakkan harga tidak masuk akal atau
harga yang terlalu murah daripada harga pasaran. Anda boleh mencari harga
syiling tersebut secara online. Saya ada menyenaraikan harga duit syiling lama di blog
ini sebagai panduan kepada anda semua. Namun, anda perlu tunggu untuk sesetengah
entri yang masih belum siap. Jika anda tidak dapat menunggu, sila cari dan beli
buku daripada Steven Tan ataupun KN Boon sebagai rujukan anda. Jika anda
betul-betul ingin serius didalam bisnes jual beli duit lama atau mengumpul duit
lama, buku-buku tersebut adalah benda yang wajib anda beli terlebih dahulu
sebelum mula membeli koleksi anda.
Jika
anda telah menemui harga yang sesuai, untuk jualan secara online, pastikan anda
mengambil gambar yang jelas dan terang untuk kedua-dua belah muka syiling anda.
Jangan sesekali gunakan gambar yang kabur didalam jual beli duit syiling anda
kerana bagi kolektor permukaan duit syiling juga memainkan peranan untuk
menentukan harganya. Anda pasti pernah mendengar berkenaan kondisi duit syiling
Very Fine (VF) atau Uncirculated (UNC) bukan? Kolektor perlu mempastikan kondisi
duit syiling tersebut sebelum membuat keputusan untuk membeli duit syiling anda.
Jika anda tidak tahu menilai dan mengred duit syiling anda sekalipun, gambar
syiling yang jelas akan membantu mereka membuat keputusan.
Menjualnya secara online.
Pada
ketika ini, ada pelbagai pilihan untuk menjual duit syiling lama secara online.
Trend terbaru pada ketika ini adalah menjualnya di Facebook group. Rasanya
hampir semua orang ada sekurang-kurangnya satu akaun Facebook bukan? Ada banyak
kumpulan Facebook group yang agak aktif pada ketika ini, anda boleh membacanya
disini; Facebook group yang
wajib anda sertai. Sebaik-baiknya, baca dahulu peraturan di dalam
group-group tersebut sebelum anda mula menjual koleksi anda. Kolektor baru perlu
mendaftar dengan mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk mula menjual
duit lama.
Satu
lagi pilihan yang rasanya semua orang tahu ialah menjualnya di mudah.my.
Jika anda mempunyai banyak duit syiling lama untuk dijual, saya sarankan anda
untuk mendaftar sebagai ahli PRO Niaga, pendaftaran adalah percuma. Agak mudah
untuk anda menjual banyak item berbanding menjualnya secara one off. Pastikan
tajuk untuk duit syiling tersebut adalah betul sebelum anda menerbitkan iklan
anda. Satu lagi perkara yang paling penting adalah pastikan anda tidak termasuk
didalam golongan mereka yang menjual duit syiling pada harga yang tidak masuk
akal, periksa dahulu harga terbaik untuk duit syiling anda sebelum anda
menerbitkan iklan anda.
Mungkin
kepada anda yang ingin serius menjalankan bisnes jual beli duit lama, eBay.com.my adalah
satu pilihan yang terbaik. Ini kerana mereka mempunyai sistem rating kepada
penjualnya. Apabila anda sudah mendapat rating yang tinggi, pembeli akan lebih
mudah untuk mempercayai anda. Anda juga mungkin akan mendapat pembeli dari luar
negara.
Menjualnya kepada rakan-rakan kolektor
Anda
perlu membina network/rangkaian rakan-rakan kolektor jika anda ingin menjual
melalui rakan-rakan sahaja. Mungkin cara yang terbaik pada ketika ini adalah
melalui Facebook dan juga forum selain secara offline. Di Facebook, anda boleh
melihat rakan-rakan yang mempunyai hobi yang sama dengan anda dengan mudah. Di
dalam forum, biasanya ada ruangan hobi, turut serta didalam ruangan itu dan
pastikan anda aktif kerana rakan yang lain mudah mengenali anda jika anda aktif
didalam forum. Untuk rangkaian offline pula, anda mungkin perlu bertanya kepada
rakan-rakan tentang hobi mereka, mana tahu rakan satu opis anda adalah pengumpul
duit lama. Namun, apabila anda menjual kepada rakan-rakan, harga jualan juga
adalah harga rakan-rakan, harganya perlu murah sedikit untuk menarik rakan-rakan
membelinya.
Menjualnya melalui persatuan Numismatik
Pada
ketika ini, hanya ada satu persatuan Numismatik yang aktif di Malaysia iaitu
Malaysia Numismatic Society atau MNS. Anda boleh turut serta menjadi ahli mereka
dan mungkin turut serta didalam jualan lelongan mereka yang di adakan setiap 3
bulan sekali. Jika anda ingin turut serta didalam lelongan mereka, sebaiknya
anda hanya menjual syiling yang berkualiti tinggi jika anda ingin mendapat harga
yang terbaik. Sebagai contoh, duit syiling 1 sen 1976
tembaga yang dijual melalui lelongan di MNS akan mendapat pembeli dengan
mudah berbanding anda menjualnya sendiri. Perlu di ingat, anda akan dikenakan
fee sebanyak 5% daripada harga jualan untuk setiap item anda.
Menjualnya kepada penjual duit lama
Salah
satu cara yang mudah dan cepat untuk menjual duit lama dalah dengan menjualnya
dengan penjual duit lama berdekatan anda. Anda boleh melihat senarai penjual duit lama yang
saya terbitkan di blog ini. namun, perlu di ingat, apabila anda menjual kepada
mereka, anda hanya akan mendapat harga kurang daripada 50% daripada harga
pasaran. Selain itu, tidak semua duit syiling diterima oleh mereka. Jika anda
hanya mempunyai duit syiling luar negara, ada kemungkinan besar mereka tidak
akan menerimanya. Begitu juga dengan syiling anda yang kotor atau kondisi yang
teruk, jika ianya duit biasa, mereka juga tidak akan membelinya. Ini sebagai
pilihan terakhir kepada mereka yang malas atau tidak tahu macamana untuk menjual
dengan cara yang lain.
Saya
harap anda faham dengan apa yang ingin saya sampaikan. Sebarang pertanyaan
adalah dialu-alukan. Cuma pastikan anda tidak memberi komen untuk mengiklankan
jualan duit syiling anda.
Terima kasih kerana membaca entri ini.
0 Response to "Cara mudah nak jual duit lama - Masyukkk!"
Post a Comment