Buat pertama kalinya dalam sejarah perfileman seseorang individu yang berpengaruh serta bertaraf VVIP berlakon buat pertama kalinya dalam filem, dan ini tidak mustahil apabila dibuktikan bahawa Tun Mahathir membuat penampilan khas dalam filem berunsurkan patriotik berjudul Kapsul.
“Saya
menggeletar apabila disuruh berlakon buat pertama kalinya. Saya ingat hanya di
suruh untuk bawa kereta tetapi disuruh pula berdialog dan saya ikut sahaja. Saya
buat hanya satu hari sahaja. Saya terima untuk berlakon dalam filem ini setelah
1 tahun 3 bulan filem ini disiapkan”
“Saya
puas hati filem ini. Kalau yang ingin menilai dari segi lakonan saya, saya tak
tahu nak letakkan diri saya di mana kerana saya bukan pelakon. Saya berlakon
mereka tak bagi apapun,” katanya dalam nada bergurau ketika sidang media filem
Kapsul.
Sementara
itu, Tun Mahathir turut menyatakan pendapatnya agar lebih banyak karya sebegini
dihasilkan agar generasi tidak mudah akan asal usul perjuangan negara untuk
menuntut kemerdekaan.
“Kena
buat lebih banyak filem yang bergenre seperti ini supaya budak-budak tahu
tentang perjuangan orang-orang terdahulu dalam menuntut kemerdekaan, kerana
sekarang mereka buka mata terus melihat arus kemodenan yang dikecapi masyarakat
sekarang,” tambah beliau.
Filem
Kapsul yang menggandingkan nama-nama besar seperti Faizal Hussein sebagai teraju
utama selain itu Jue Aziz dan yang lain-lain telah menjadikan filem tersebut
lain daripada yang lain dengan penggunaan CGI yang jarat dilihat dalam
penerbitan filem mahupun drama di negara ini.
Filem
yang menelan perbelanjaan keseluruhan sebanyak RM 2.3 juta ini dijangka bakal
menemui penonton bermula pada 17 September 2015.
0 Response to "Tun Dr Mahathir Kongsikan Pengalaman Pertama Berlakon Filem"
Post a Comment