KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video yang memperlihatkan keadaan pesawat yang cuba mendarat dalam suasana seperti sedang dilanda kejadian ribut pasir, dipercayai berlaku di sebuah lapangan terbang tersebar awal pagi ini.
![]() |
Pesawat Malaysia Airlines tersebut meluncur di atas landasan di dalam kawasan lapangan terbang dan kenderaan (sumber rakaman video) itu adalah kereta VIP Reception, kata bekas residen Jeddah |
Malah, dakwaan turut mengaitkan bahawa pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) terpaksa mendarat cemas di lapangan terbang itu akibat ribut pasir yang berlaku malam tadi.
Berikutan itu, Malaysia Airlines Berhad (MAB) ketika diminta mengulas dakwaan berkenaan memberitahu The Rakyat Post bahawa pihaknya tidak dapat mengesahkan kesahihan video terbabit.
Malah, jurucakapnya bertegas, tiada laporan diterima mengenai insiden pesawat milik syarikat itu yang dilaporkan mendarat cemas di Jeddah.
“Kami tidak dapat memastikan kesahihan video itu, semua pesawat MAB dilaporkan mendarat dengan selamat di Jeddah.
“Mengenai laporan ribut pasir seperti dalam video, memang berlaku perkara itu namun semua pesawat yang mendarat di lapangan terbang itu diarahkan oleh menara kawalan untuk bergerak ke landasan dengan selamat,” kata jurucakap itu ketika dihubungi The Rakyat Post.
Cuaca tidak menentu dilaporkan melanda Jeddah menyebabkan kejadian ribut pasir menganggu kelancaran operasi lapangan terbang dan kenderaan di jalan raya bandar itu.
Ini menyebabkan penglihatan yang terbatas dan membahayakan pemandu kenderaan dan pesawat udara.
Pada ketika ini, menurut Kementerian Haji Arab Saudi sebanyak 1,355,000 jemaah haji dari seluruh dunia mengerjakan ibadah itu di Makkah pada tahun ini dan 48,000 orang adalah warganegara tempatan.
0 Response to "Tiada Pesawat Mendarat Cemas Di Jeddah, Lapor Penerbangan Malaysia"
Post a Comment