Kecoh tengahari tadi apabila tersebarnya video dari cctv imam yang sedang
mengetuai solat jumaat ditampar oleh seorang lelaki dan menyebabkan berlaku
kekecohan di bahagian saf hadapan . Selepas di tarik ke bilik , imam meneruskan
solat yang telah terganggu .
KUALA LUMPUR, 18 Sept: Berikutan kes seorang
lelaki menampar Imam Masjid Negara tengahhari tadi, pihak polis membuat
pengesahan telah menahan seorang warganegara India yang bertanggungjawab
menambar Imam terbabit.Polis berkata suspek seolah-olah seperti tidak waras dan bercakap seorang diri. Selain itu suspek juga mendakwa beliau mendegar suara halus yang memintanya menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung.
“Siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu seolah-olah tidak waras kerana dilihat bercakap seorang diri.
“Suspek mendakwa bahawa beliau mendengar suara halus yang memintanya untuk menjadi imam semasa solat Jumaat berlangsung,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah memetik laporan dari TheRakyatPost.
Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan seterusnya.
0 Response to "Susulan Tampar Imam Ketika Solat Jumaat, Polis Dedah Dakwaan Dari Suspek Mengapa Berbuat Demikian"
Post a Comment