Setiap
kali pulang dari sek0lah, se0rang gadis berusia 11 tahun ini akan menukar
pakaiannya sebelum keluar menuju ke satu persimpangan lampu isyarat di bandar
ini. Dewi Anggraeni bukannya pergi bermain seperti rakan sebaya yang lain
sebaliknya dia menghampiri setiap kereta untuk meminta sedekah.
Walaupun
masih kecil, tetapi Dewi terpaksa mencari wang semata-mata untuk membayar hutang
arwah ibunya. Kisah malang gadis ini bermula apabila bapanya, Wiyatn0 meninggal
dunia ketika dia kecil sebelum ibunya, Maryati pula meninggal dunia kira-kira
sebulan yang lalu akibat penyakit radang paru-paru.
Ketika
ibunya sakit, wanita itu meminjam wang berjumlah Rp6 juta (RM1,658) untuk
membeli ubat. Bagaimanapun, selepas ibunya meninggal dunia, beban hutang itu
kini terpaksa ditanggung oleh Dewi. Dewi yang kini tinggal bersama jirannya
berkata, setiap kali selepas bersek0lah, dia akan pergi meminta sedekah bagi
melunaskan hutang ibunya itu.
“Biasanya
saya meminta sedekah dari jam 3 petang hingga jam 8 malam setiap hari.
“Saya
memper0leh wang Rp70,000 (RM19.35) hasil meminta sedekah tetapi kadangkala
kurang daripada itu.
“Wang
ini saya gunakan untuk membayar hutang ibu,” katanya ketika ditemui wartawan
detik news.
Sementara
itu, jiran Dewi, Sriwati berkata, gadis itu akan pulang lewat malam sekiranya
gagal memper0leh pendapatan lebih Rp70,000.
“Dewi
memerlukan wang sebanyak itu untuk membayar hutang. Sekiranya gagal dia akan
duduk di tepi jalan sambil menangis,” ujarnya.
SUMBER
: SOTONG KICAP
0 Response to "GADIS 11 TAHUN BERKORBAN BAYAR HUTANG IBUNYA..!!!! ANDA PASTI TERKEJUT APA YANG DI LAKUKAN SELEPAS SEKOLAH SETIAP HARI"
Post a Comment