Kuala Lumpur:
Penyanyi dan pelakon Linda Rafar, 37, mengesahkan dia sudah tidak tinggal
sebumbung dengan suaminya yang juga pelakon Syed Aiman, 40, sejak lelaki itu
didakwa melafazkan cerai pagi kelmarin.
Linda ketika
dihubungi berkata, dia bersama tiga anaknya kini tinggal di rumah ibunya di Shah
Alam.
"Selepas
kejadian itu, saya terus pergi ke rumah ibu. Kalau boleh buat sementara waktu
ini saya tidak mahu berjumpa dan tak mahu bercakap apa-apa dengan dia (Syed
Aiman),” katanya.
Menurut Linda,
sejak kejadian itu Syed Aiman juga tidak datang berjumpa atau meminta maaf
dengannya.
“Takkan saya
pula nak berbuat demikian sedangkan puncanya daripada dia sendiri. Jadi saya
malas nak ambil kisah,” katanya.
Linda berkata,
dia perlu berfikir banyak kali untuk menerima lelaki itu kembali.
“Dia tak tahu
betapa hancurnya hati saya apabila dia melafazkan perkataan cerai itu. Lagipun
saya sudah lama bersabar dengan sikapnya tetapi dia tak pernah serik atau cuba
untuk berubah.
“Saya cuba
menerima dan jalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Saya juga masih
bertoleransi dan tahan dengan setiap apa dia lakukan.
“Kebiasaannya
apabila bergaduh, saya akan mengalah dan meminta maaf tapi apabila dia
melafazkan cerai, saya jadi tak terkata,” katanya.
Sementara itu,
Syed Aiman ketika dihubungi tetap dengan pendiriannya dengan menafikan apa
berlaku seperti didakwa Linda.
Dia menjadikan
perkara itu sebagai satu isu, jadi saya malas nak komen panjang. Cukup untuk
saya katakan, tidak ada apa-apa berlaku dalam rumah tangga kami.
"Saya tak
lafaz seperti didakwa. Kalau dia terus nak berkata macam-macam, itu hak dia.
Bagi saya hal rumah tangga tak perlu diceritakan kepada umum. Saya tak perlukan
itu semua," katanya.
Dalam pada
itu, Linda menjelaskan dia tidak ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk
mengesahkan lafaz itu, semalam kerana tidak sihat.
"Maafkan saya
kerana tak hadir ke mahkamah semalam. Saya bukan sengaja atau berniat nak menipu
pihak media, tapi saya demam teruk dan sakit perut hingga badan lemah dan tak
boleh nak ke mana-mana," katanya yang kini hamil tiga bulan.
0 Response to "Sudah Tidak Tinggal Sebumbung"
Post a Comment