Hot !

Jawapan Lisa Surihani Tentang Kehamilan Anak Kembar




Semasa Yusry KRU mengesahkan bahawa isteri tercinta Lisa Surihani sedang mengandung anak mereka yang pertama, peminat industri hiburan tempatan turut merasa teruja kerana akhirnya pasangan ini bakal menimang cahaya mata setelah 3 tahun mendirikan rumah tangga...

Susulan berita kehamilan tersebut, ada pihak yang menyatakan kemungkinan besar Lisa Surihani sedang mengandungkan bayi kembar. Namun, hanya Yusry sahaja sebelum ini yang memberikan respon mengenai kehamilan tersebut manakala Lisa megambil keputusan untuk berdiam diri...

Terbaru, Lisa akhirnya telah membuka mulut dan menjelaskan sedikit mengenai kehamilannya.

"Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut ‘bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami...

Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki...

Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu."


Apapun, sama sama lah kita menantikan kedatangan orang baru dalam hidup Lisa dan yusry!! 

Sumber

0 Response to "Jawapan Lisa Surihani Tentang Kehamilan Anak Kembar"

Post a Comment