Diperkosa Oleh bapa Saudara
Sendiri
Sejak selepas hari raya aidilfitri, makin ramai permohonan masuk
Madrasah Baitus Solehah. Pendaftaraan sessi baru Madrasah diadakan setiap
minggu. Dalam satu bual bicara hati ke hati, terbuka suatu kisah yang
menyayatkan hati .
Ketika usia 12 tahun dia dirogol oleh bapa saudara
yang menagih dadah dan pengidap HIV. Ketika dirogol, dia tidak mampu berteriak
kerana mulutnya ditekuk dengan kain. Lelaki itu bertukar rupa syaitan meratah
dirinya ibarat pelacur. Sudah tidak mengenali itu adalah anak saudara yang wajar
dilindungi kerana dia boleh menjadi wali pernikahan sekiranya bapanya telah
meninggal dunia. Apalah kudrat yang ada, gadis yang kurus ibarat
ranting.
Setelah peristiwa itu, dia murung dan tidak mampu memberitahu
nenek yang mengasuh dia sejak kecil. Sebulan selepas peristiwa itu, bapa
saudaranya meninggal dunia dengan penuh kehinaan tanpa bertaubat dari dadah yang
menghayalkan.
Masa berlalu, sikap murung
menjadikan dia seorang pendiam, pendendam dan perahsia. Dia meneruskan kehidupan
dalam dunianya sendiri, hingga mampu meraih dua diploma dalam bidang berbeza.
Dia juga seorang yang miskin kasih sayang. Selepas darjah 6, dia meneruskan
persekolahan menengah di sekolah berasrama. Nenek yang mengasuhnya juga telah
meninggal dunia. Maka biaya persekolahan kembali kepada ibu bapanya. Walaupun
anak-beranak tetapi terasa jauh. Ini kerana dari lahir diasuh oleh nenek,
kemudian peringkah sekolah menegah pula lebih banyak masa berada di asrama. Bila
cuti, pulang bermalam di rumah kawan.
Apabila tamat diploma pertama,
dia bekerja dan tinggal serumah dengan teman lelaki. Seperti pasangan suami
isteri. Sambil bekerja, dia meneruskan pengajian diploma kedua, bidang yang
diminati. Kali pertama mengandung, digugurkan kandungan.
Setahun
selepas itu mengandung lagi, berhasrat untuk mengugurkan tetapi hatinya tiba
tiba menyoal, “selama mana nak hidup begini?”
Dia tersentak dengan suara hatinya itu, membuat dia berfikir dan muhasabah diri.
Dirinya terlalu kotor, terlalu jauh hanyut bersama syaitan. Rasa sayang pada
janin yang tumbuh dalam kandungan. Dan dia membuat keputusan nekad untuk
bertaubat dan berubah. Langkah pertama diambilnya ialah
berhijrah.
Menggoogle, mencari siapa dan dimana yang boleh
membimbingnya bertaubat. Apabila telah menemui Baitus Solehah, dia nekad
berhenti kerja. Komitmen yang ada ditinggalkan. Walaupun hubungan dia dengan ibu
tidak rapat, dia tetap berbakti kepada ibunya. Sejak mula kerja, perkara pertama
yang dilakukannya ialah, membelikan ibunya sebuah rumah untuk tinggal menjelang
usia emas dan bersara. Tetapi dia tidak tinggal bersama dengan ibunya. Bapanya
pula telah meninggal dunia. Biaya rumah dibantu bayar oleh ibunya sementara dia
berada di Baitus Solehah. Dan dia sanggup keretanya ditarik oleh bank,
mengakibatkan namanya disenaraihitam. Dia memang tiada pilihan kerana suara mahu
berhijrah kembali mentaati Allah lebih beralun dalam sanubarunya. Dia tidak mahu
mensia-siakan peluang yang diberikan oleh Allah untuk bertaubat. Dia mahu
memulakan hidup baru dijalan yang lurus.
Dia juga tidak ingin berkahwin,
meneruskan kehidupan yang lelaki yang selama ini meniduri tanpa ikatan
pernikahan kerana dia juga penagih dadah. Selama ini dia terikat dengan cinta
palsu kerana dari kecil miskin kasih sayang dan perhatian keluarga. Dia terabai.
Maka apabila ada lelaki yang prihatin, yang menunjukkan kasih sayang hingga
diranjang, dia jadi terpesona. Dia lupa, apa yang dilalui ketika itu adalah
permainan syaitan. Cinta nafsu dihias dengan bunga bunga zaqqum yang
pahit.
Oleh itu apabila tersedar dari lena selama ini, datang pula suatu
bisikan dari malaikat bertanya , “ selama mana nak hidup begini?” menyebabkan
dia mahu meninggalkan semua kehidupan lalunya yang sangat mendukacitakan.
Mulanya dia tidak mahu sesiapa pun ahli keluarganya tahu akan kehamilannya. Anak
yang bakal dilahirkan. Oleh kerana syarat Baitus Solehah, waris mesti
dimaklumkan samada cepat atau lambat, maka 5 hari sebelum mengambil keputusan
datang ke Baitus Solehah, dia memaklumkan kepada ibunya. Perkara sudah berlaku,
kekesalan sudah tidak boleh mengundurkan masa, ibunya redha akan takdir yang
dilalui anaknya. Dia datang menghantar anaknya ke Baitus Solehah, menyerahkan
untuk dididik dan dibimbing menjadi insan soleh. Sedikit masa yang berbaki ini,
mereka menggunakan untuk merapatkan hubungan kasih sayang.
Kasihan,
sungguh menghibakan bila kita mendengar cerita mereka yang terpaksa mengandung
tanpa suami . Kisah mereka yang tersasar kerana ia bermula dari keluarga. Sikap
keluarga yang tidak prihatin menjadikan anak mangsa keadaan.
Adalah diharapkan, ibu bapa diluar sana, ambiklah kisah ini
sebagai iktibar dan pelajaran, jangan abaikan anak anak, prihatin terhadap dalam
zaman yang penuh fitnah ini. Sekali ibu bapa terleka, syaitan akan menjadi anak
tuan puan mangsa temannya keneraka.
0 Response to ""Selama mana aku nak hidup begini"?"
Post a Comment