Kuantan - Seorang bilal parah setelah ditikam dengan
sebilah pisau Rambo oleh lelaki akibat dari salah faham yang berlaku di depan
tapak sebuah 'funfair' di Tanah Putih, Kuantan, tengah malam
tadi.Mangsa,
Tengku Shafiq Tengku Adam Azil, 21, kini parah dan dirawat di Hospital Tengku
Ampuan Afzan (HTAA).
Difahamkan, mangsa pergi ke tapak funfair tersebut
kira-kira jam 9.30 malam selepas beliau selesai bertugas sebagai bilal di Masjid
Tepian Putra untuk bertemu dengan tiga rakannya di kawasan
tersebut.
"Apabila tiba di tapak berkenaan mangsa memaklumkan
terjumpa sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z dengan kunci masih berada di
bahagian tempat duduknya sebelum menyimpan kunci berkenaan.
"Difahamkan, mangsa ada memuatnaik status mengenai
perkara berkenaan di Facebook dan keluar dari pesta ria itu pada 11.30 malam
namun pemiliknya masih tidak kelihatan," kata sumber memetik laporan Harian
Metro.
Setelah menunggu selama satu jam, mangsa kemudian
menulis satu nota dengan nombor telefon untuk dihubungi. Secara tiba-tiba,
datang seorang lelaki menikam mangsa dari belakang. Mangsa kini dikatakan berada
dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
Berikut adalah cerita penuh dari rakan
mangsa.
Suspek juga difahamkan
sudah menyerah diri di IPD Kuantan. Selain itu rakan Adam juga turut
menceritakan motif suspek berbuat demikian, iaitu dendam. Difahamkan, motor
suspek pernah hilang sehari sebelum kejadian.
Suspek kemudian mahu
mengumpan pencuri dengan meletakkan motosikal sebagai jerat. Suspek tanpa usul
periksa kemudian menikam mangsa yang kebetulan berniat mahu menolong mencari
tuan kepada motosikal tersebut. -SK
0 Response to "Sayu...Punca & Rentetan Kisah Shafiq Adam, Bilal Masjid Parah Ditikam"
Post a Comment