HIKMAH di sebalik insiden menyedihkan berlaku di Makkah pada Jumaat lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, telah mengarahkan pemberian pampasan kepada semua mangsa terkorban sebanyak 1 juta riyal Saudi (RM1.1 juta).
Malahan menurut laporan media tempatan, mereka yang mengalami kecederaan ringan pula akibat tragedi tren tumbang berkenaan akan menerima wang pampasan sebanyak 500,000 riyal Saudi (RM573,610).
Wang berkenaan akan diberikan kepada semua waris atau ahli keluarga mangsa yang terkorban, termasuk mereka yang mengalami kecederaan serta kecacatan kekal berikutan insiden malang terbabit.
Bagi mereka yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini berikutan kemalangan itu pula akan menerima jemputan khas Diraja untuk menjalani Rukun Islam kelima tersebut pada musim tahun hadapan.
Tragedi kren yang tumbang di Masjidil Haram itu dilaporkan telah mengorbankan seramai 107 orang jemaah dari seluruh dunia termasuk lima orang jemaah dari Malaysia.
P/S : Sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH kepada mangsa yang terlibat.
0 Response to "RM1.1 JUTA Buat Waris Dan Mangsa Kren Tumbang Di Makkah"
Post a Comment