Seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta
parah selepas dilanggar pacuan empat roda yang hilang kawalan di Jalan
Temerloh-Mentakab, berhampiran Taman Jalan Bahagia, kira-kira 10 malam
tadi.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku
apabila pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 40-an dalam perjalanan dari
arah Mentakab menghala ke Temerloh.
Katanya, ketika tiba di lokasi kejadian,
kenderaan itu tiba-tiba hilang kawalan dan melanggar lampu isyarat sebelum
merempuh motosikal yang ditunggang lelaki berusia 20-an.
"Pacuan empat roda itu terus meluru ke
arah stesen minyak dan melanggar pula kereta yang dipandu wanita berusia 20-an
sebelum melanggar dua lagi kenderaan lain.
"Penunggang motosikal dan pemandu kereta
terbabit parah sebelum orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera
menghulurkan bantuan dengan menghubungi pihak berkuasa," katanya, ketika
dihubungi di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh,
Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman mengesahkan kejadian itu dan polis akan
menahan pemandu pacuan empat roda terbabit untuk tindakan lanjut. - HM
Hilux laju dari mentakab...Langgar Budak motor keluar simpang dari jln bahagia ke temerloh,budak laki 50/50(dah sedarkan diri).Pastu terbabas langgar pump minyak bhp skali 3 biji kete tgh isi minyak...Pempuan kelisa patah tengkuk,yg lain tak tau cite...kes mabuk - Sumber cerita: Awien Psk CrewKredit video: Azniey Owner
Posted by Siakap Keli on Wednesday, September 9, 2015
0 Response to "Punca Sebenar & Video Kemalangan di Stesen Minyak BHP Temerloh"
Post a Comment