
SETIAP
kali bila berlakunya kematian melibatkan jemaah haji, ada kecenderungan di
kalangan umat Islam untuk menyalahkan kerajaan Arab Saudi. Sama ada kita sedar
atau tidak, inilah yang PALING DINANTI-NANTIKAN pihak Barat terutama media
mereka yang mahu umat Islam berbalah sama sendiri dan menyalahkan sama sendiri,
dan mereka hanya perlu duduk di atas kerusi empuk bertepuk tangan.
Sejak
mengambil alih tampuk pemerintahan Arab Saudi, Raja Salman Abdelaziz telah
berusaha sehabis kudrat mengarahkan setiap jentera pentadbirannya melakukan apa
saja termasuk membelanjakan wang hasil minyak berjumlah berbillion Riyal untuk
memastikan kita para jemaah selesa menunaikan ibadah haji dan umrah di kota suci
ini.
Proses
pembinaan dan pembesaran Masjidil Haram, Masjidil Nabawi, tempat wukuf, tempat
melontar, keretapi laju, airport dan berbagai lagi dibuat bukan untuk pelancong,
bukan untuk masuk dalam rekod Guiness tetapi untuk kita yang bernama tetamu
Allah ini.
Sejumlah
besar arkitek, jurutera, dan tenaga kerja beragama Islam dari seluruh dunia
termasuk dari Malaysia dihimpunkan untuk memerah idea dan kudrat demi memastikan
keselesaan kita untuk beribadah. Kalau yang pernah ke sana lebih dari sekali,
bandingkan kali terakhir anda menjejak kaki ke Mekah dan Madinah berbanding yang
terkini.
Saya
Alhamdulillah diberikan peluang menunaikan umrah sebanyak dua kali dalam tempoh
tiga tahun, itu pun sudah cukup untuk saya melihat perbezaan yang cukup ketara
di bumi haramain ini.
Namun
sudah pasti TIDAK ADA YANG SEMPURNA, Raja Salman manusia, jurutera juga manusia,
arkitek juga manusia. Pasti dalam tempoh itu ada kekurangan dan kecatatan di
mana-mana tetapi yang penting kerajaan Arab Saudi tidak pernah berputus asa
memberi yang terbaik dan memperbaiki kesilapan mereka termasuk meluluskan juga
permohonan negara-negara di seluruh dunia yang mahu hingga sampai ke tahap macam
MEMAKSA kerajaan Arab Saudi memberi lebih banyak visa tambahan untuk jemaah
mereka menunaikan umrah/ haji.
Akhir
sekali, daripada menyalahkan Raja Salman dan pentadbirannya, cuba tanya diri
kita sendiri...sejauh mana kita mematuhi peraturan, mengawal diri dan
berdisiplin ketika menjalankan ibadah ini. Dalam keghairan kita hendak mendapat
pengampunan dan keredhaan Allah, dalam keterujaan kita hendak mendapat syurga
yang dijanjikan itu, sejauh mana sikap dan tingkah laku kita dalam menunaikan
rukun Islam tersebut.
Dalam
solat lagi sudah diterapkan disiplin. Ada niatnya, ada takbiratul ihramnya, ada
rukuknya, ada sujudnya. Kita tak boleh mendahului sesuatu yang dikemudiankan,
atau kemudiankan sesuatu yang diawalkan. Apa bezanya disiplin ketika berada di
tanah suci ini?
Arab
Saudi mampu menyediakan satu platform yang terhebat di muka bumi ini kerana
mereka punya wang, mereka mampu membeli peralatan yang canggih serta mampu
menggajikan sumber manusia yang terbaik - tetapi akhir sekali semuanya terserah
pada kita.
Wallahualam
0 Response to "PENDEDAHAN BERANI MATI DALANG SEBENAR KEMALANGAN DI MINA"
Post a Comment